INFO Sihat

TANDA DAN PUNCA PENYAKIT


A. Tanda-tanda luaran

1.  MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadimerah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering   berlaku   pada  waktu   pagi. Menandakan   proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v)  Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selsema

a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung  sebu

a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung
iv) Batuk

a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


3. KERONGKONG

i) Kerongkong  kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa  badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong .
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah

Perut mengandungi banyak bahan toksin.


5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah  atau  gusi  bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga  berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.
Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


7. KULIT


1. PELUH

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4.
KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.
Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


8. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


1. SENDI SAKIT

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa  panas . Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan
oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki
busuk (Hong Kong Foot).


B. TANDA-TANDA DALAMAN

1. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

i. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak
berfikir.

ii. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

- Bahagian  atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

- Bahagian  bawah  (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau  tekanan darah rendah.

iii. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA

Menandakan penyakit migrain.

iv. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku.
Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.

v. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

2. MULUT/KERONGKONG

i. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

ii.. MUNTAH DARAH

- Darah  merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan-
- Darah  hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;
misalnya penyakit ulser.

iii. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.

iv. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong
akibat jangkitan kuman


3. KENCING

i. KENCING KERAP : Menunjukkan  buah  pinggang  mengandungi kotoran.

ii. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

iii. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.

iv. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.

v. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


4. BUANG AIR BESAR

i. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

ii. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

iii. NAJIS BERDARAH

- Darah  merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

iv. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus.
5. TINDAK BALAS BADAN

i. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
disebabkan saluran

- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.

- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

ii. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

iii. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

iv. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda/baik pulih dari penyakit sedang berlaku.

6.  TINDAK  BALAS  EMOSI

a. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
b. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
c. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
d. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.


e. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.




*****************************************************************************************

DARAH TINGGI


Apa yang dimaksud Tekanan Darah Tinggi ?

Tekanan Darah Tinggi adalah adalah merupakan keadaan yang amat  serius yang dapat mengakibatkan penyakit jantung koroner, kegagalan jantung, stroke, kegagalan buah pinggang dan masalah kesehatan lainnya.

Tekanan darah adalah kekuatan tekanan darah terhadap dinding arteri sewaktu jantung mengepam darah. Jika tekanan ini meningkat dan tetap tinggi setiap saat maka akan mengakibatkan kerosakan pada organ tubuh dalaman.

 Tekanan darah tinggi sendiri sebenarnya tidak mempunyai simptom tertentu. Anda dapat mengalaminya bertahun-tahun tanpa menyadari telah mengidap tekanan darah tinggi. Dalam jangka waktu tersebut tekanan darah tinggi telah merosakkan jantung, saluran darah, buah pinggang dan bagian tubuh lainnya. Ia sering dikaitkan sebagai Pembunuh Senyap!.

SEbab itu lah mengapa kita harus mengetahui tekanan darah kita secara periodik, bahkan ketika sedang dalam keadaan sehat. Jika tekanan darah Anda normal dan terus terpantau, anda dapat menjaganya dengan baik. Jika tekanan darah terlalu tinggi, maka anda memerlukan rawatan khusus untuk mencegah kerosakan pada tubuh.

Ukuran Tekanan Darah

Ukuran tekanan darah terdiri dari tekanan Systolic dan tekana Distolic. Tekanan darah Systolic adalah tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah. Tekanan darah Systolic adalah tekanan antara saat jantung berdenyut dan denyutan berikutnya
.
Anda akan sering melihat ukuran tekanan darah yang ditulis berdasarkan ukuran Systolic atau sebelum tekanan Diastolic, sebagai contoh 120/80 mmHg. (mmHg adalah ukuran milimeter merkuri -  ukuran unit yang digunakan untuk tekanan darah tinggi).

Jadual dibawah ini menunjukkan ukuran normal tekanan darah pada orang dewasa. Jadual tersebut juga menunjukkan bila dikatakan bahwa anda memiliki resiko terkena tekanan darah tinggi atau gangguan kesehatan lainnya. Tekanan darah sering turun atau naik, bahkan pada orang yang memiliki tekanan darah normal, jika hasil ujian tekanan darah anda selalu diatas paras normal, maka anda memiliki resiko tekanan darah tinggi.


Tabel Kategori Tekanan Darah Tinggi pada Orang Dewasa (dalam mmHg, atau milimeter merkuri) :


Category
Systolic
(angka atas)

Diastolic
(angka bawah)
Normal
kurang dari 120
dan
kurang dari 80
Prahipertensi
120–139
atau
80–89
Tekanan Darah Tinggi



Tahap 1
140–159
atau
90–99
Tahap 2
160 atau lebih
atau
100 atau lebih

Ukuran pentahapan diatas adalah untuk kebanyakan orang dewasa (umur 18 atau lebih) yang tidak memiliki penyakit serius. Tekanan darah diatas 120/80 mmHg sangat beresiko, dan resiko terus bertambah mengikuti naiknya tekanan darah. “PraHipertensi” bererti tahap mendekati seseorang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, kecuali dilakukan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Ukuran Systolic dan Diastolik anda biasa saja tidak pada kategoiy yang sama pada jadual diatas. Misalnya, angka Systolic anda 160 dan diastolic anda adalah 80, maka anda berada pada kategory tahap 2. Jika systolic anda 120 dan diastolic adalah 95, maka anda termasuk tahap 1 pada jadual tekanan darah tinggi.

Jika Anda menderita penyakit diabetes atau sakit buah pinggang kronik, tekanan darah anda biasanya 130/80 mmHg atau mungkin lebih. Ukuran Tekanan darah juga berbeza antara anak-anak dan remaja. Tekanan darah akan naik sesuai dengan bertambahnya umur. Dengan hidup sehat akan membantu anda untuk menunda atau menjaga tekanan darah tersebut.




PENYAKIT KENCING MANIS / DIABETES



Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Sejarah

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Pengawalan diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?

Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas.
Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal sebagai diabetes melitus.





 TANDA-TANDA AWAL KANSER
 
1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. 
2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, kelua cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 
4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan

TEH DAN KANSER 
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

BIOTECH BSY SDN. BHD. BUSINESS~SECCESS~YEILD